Sabtu, 9 April 2011

~KAMI YANG "CUN"~

 Tajuk entri sudah mengundang kontroversikan.... Ehehehehehe. Entri kali ini berkisarkan filem arahan Osman Ali yang bertajuk "CUN".


Jalan cerita filem nie berkisahkan Luna (Maya Karin) yang merupakan bintang realiti untuk rancangan "Meletups" membawa diri bersama pembantu beliau, Tom (Faezah Elai) ke kampung halaman Tom di Kedah setelah mengetahui teman lelaki beliau lakonan Jehan Miskin berlaku curang. Kedatangan Luna ke kampung halaman Tom telah mempertemukan beliau dengan Atan (Remy Ishak) dan seterusnya melahirkan bibit-bibit percintaan. Walaubagaimanapun terdapat konflik yang melanda Luna dimana beliau terpaksa memilih kehidupan di kampung atau kehidupan yang glamour di bandar.
  

Gandingan & lakonan yang mantap antara Remy Ishak & Maya Karin. Kehadiran beberapa nama hebat seperti Faezah Elai, Kartina Aziz, Jehan Miskin, Ning Baizura & dsb menguatkan lagi jalan penceritaan filem nie. Keseluruhannya filem nie menghiburkan, penuh dengan lawak yang xkering gusi dan sekaligus penuh dengan "message" yang berguna. Jangan lupa menonton ye.....:)


P/S: Selingan dengan pic-pic aku & enchik syaihan @ shandye di Pizza Hut's Sunway Carnivall sementara menunggu waktu tayangan filem "CUN".



Aku.... Gagagaga


Enchik syaihan aka shandye.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan