Khamis, 2 Jun 2011

~BERANGAN NAK JADI SETH TAN. MAMPOOO KE?


Nora & Seth


Slot Akasia telah diserikan dengan kehadiran siri drama terbaru TV3, Nora Elena yang merupakan adaptasi sebuah novel hebat "Kasih Yang Suci" telah menyebabkan Sham teguh terpacak di hadapan tv setiap Isnin dan Khamis pada jam 7.00 malam sehingga 8.00 malam. Alamakkkk sembahyang maghrib!!!!!!! 

Drama terbitan Asian Media Content ini menceritakan mengenai kisah perjalanan hidup Nora Elena (Lakonan Siti Saleha) yang penah mengalami titik hitam dalam hidupnya akibat dihantui kenangan silam apabila penah dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan kenangan silam, beliau cuba menjalani kehidupannya dengan normal dan bakal mengahwini Eid (Lakonan Zul Ariffin). Keadaan mula berubah dengan kehadiran Seth Tan (Lakonan Aaron Aziz) dimana telah menyebabkan Eid salah paham dan menyangkakan Nora mempunyai hubungan dengan Seth, majikan Eid sendiri. Akibat salah faham tersebut, Eid membatalkan majlis perkahwinan beliau dengan Nora. Seth pula menawarkan diri untuk menggantikan tempat Eid dan Nora terpaksa menerima demi menjaga nama keluarga. Apakah kesudahan perkahwinan tanpa cinta ini? Adakah bibit-bibit cinta antara Nora dan Seth akan berputik? Siapakah empunya diri yang penah merogol Nora dahulu? Kalau nak tahu, jangan lupa saksikan ye...


P/S: Tunjang utama dalam drama ini adalah Siti Saleha, Aaron Aziz, Zul Ariffin, Wan Sharmilla & lain-lain.







2 ulasan:

  1. visit here frm Egypt~

    http://coretanfadlisabri.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Ok2....... Saya akan add link awak.... Maceh sbb view my blog.

    BalasPadam