Khamis, 2 Jun 2011

~MISTIK DI RUMAH. MUSANG @ SAKA?~




Sempena malam jumaat keliwon nie, sham nak kongsikan entri mistik berkenaan rumah famili sham. Untuk pengetahuan korang semua, moyang sebelah abah sham merupakan Tok Siak & Tok Bomoh zaman dulu2. 

Setiap malam sebelum tido, sham mesti terdengar bunyi atas bumbung rumah. Bunyi ade menda berjalan. Perkara ini dah lama berlaku sampaikan sham dah lali & boleh dok umah sorang2 tanpa rasa takut. Actually sebelum nie sham penah tanya adik samada dia penah dengar atau tak, dia pun dengar menda yang sama & yang paling dashyat, dia penah nampak susuk seorang perempuan di sebalik pintu bilik dia pada pukul 3.00 pagi. So scarykan. Nak tahu ape abah cakap bila sham tanya pasal menda berjalan atas rumah, dia cakap atas rumah memang ade seekor musang. Confiussss2. Xkesahla musang atau saka, janji xkacau sham sudah. Kalau sham kena kacau, memang sham meletopppp bak gunung berapi Krakatoa. Ehehehehe (Bajet cam berani je). Adik penah cakap dia penah mimpi ade orang tua nak kasi ilmu mengurut kat dia tapi dia xnak. Genap tiga kali adik sham tolak, menda tue sering datang tindih adik kat bilik dia. Patutla dia selalu ajak kawan dia teman bermalam kat rumah bila mak kerja malam. Kadang-kadang mak pun kena tindih. Cuba korang bayangkan sham kena tindih, mesti leper perut sham nie.... Ehehehe.

Sampai sekarang, perkara nie masih berlaku cuma kejadian tindih menindih nie dah agak jarang berlaku. Cuma selalu dok dengar bunyi menda berjalan je. Okla, mata yang sepet nie mula menutupkan tirainya. Selamat malam & baca doa sebelum tido ye... Jumpa lagi esok...... Adiosssssss


P/S: Pic ikhsan Mr. Google



Tiada ulasan:

Catat Ulasan