Rabu, 24 Ogos 2011

~FASHION TIPS FOR FAT, STOCKY AND CHUBBY MEN PART 2~



*Minta maaf di atas kelewatan sambungan entri yang ini.



3) Pemilihan corak pada baju.

Elakkan pengayaan baju yang bercorak melintang kerana ia menampakan individu tersebut kelihatan lebih mengembang & membesar. Selain itu, cuba elakkan pengayaan baju-baju yang mempunyai corak yang terlampau sarat & pelbagai kerana corak tersebut akan menarik perhatian mata-mata yang memandang pada bahagian atas tubuh kita yang kelihatan lazat itu. Sebaliknya, baju-baju yang mempunyai corak menegak amatla dialu-alukan kerana corak tersebut menampakan ilusi kurus & tinggi.


4) Pemilihan seluar yang bersesuaian.

Elakkan memakai seluar yang "baggy" & ber"pleats". Digalakkan memakai seluar @ jeans "low-rise bottoms". Apabila memakai seluar, jangan mengisi barangan yang berlebihan @ besar seperti handphone yang bersaiz besar, "overstuffed wallets" dan barangan elektronik pada poket-poket seluar anda supaya kawasan paha dan kaki anda tidak kelihatan besar.




5) Pengayaan tshirt berkolar v.


Anda digalakkan memakai tshirt berkolar v supaya ilusi kurus dapat dipertonjolkan pada kawasan leher anda terutamanya bagi individu yang mempunyai masalah "double chin" dimana tumpuan lebih difokuskan kepada bahagian dada berbanding kawasan leher. Dielakkan pengayaan baju berkolar "turtleneck" kerana ia akan menyembunyikan leher anda yang jinjang itu. 



P/S: Nantikan sambungan part 3



Tiada ulasan:

Catat Ulasan